Keusahawanan perlu nilai tambah

MENCEBURI bidang keusahawanan bukan satu keputusan mudah la umparna membina rumah di tepi pantai begitu banyak risiko yang menanti Namun hanya mereka yang benar benar tabah dapat mengenggam kejayaan dalam dunia keusahawanan Timbalan Dekan Sekolah Pemiagaan dan Keusahawanan Universiti Tun Abdul Razak UniRazak Dr Roland Xavier gambar berkata keusahawanan seolah olah menjadi jalan keluar bagi siswazah menganggur dan mereka yang berhadapan dengan masalah Bahkan agensi kerajaan dan swasta turut menggalakkan penyertaan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan.

Tetapi tidak semua orang boleh menjadi usahawan la satu laluan yang sukar Seperti mana kata kata orang Amerika ia hanya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Menjalankan perniagaan bukan satu perkara biasa ia memerlukan kreativiti dan inovasi terutama dalam persaingan global yang kompetitif ujar beliau.

Beliau menggambarkan situasi tersebut sebagai ‘usahawan steroid’. Seperti mana kesan steroid, ia menghasilkan kesan jangka pendek dan negatif walaupun ia pilihan yang pantas. Kesihatan akan terjejas dan lebih banyak membazirkan wang Begitulah yang akan berlaku kepada golongan pelajar dan belia sekiranya mereka dipaksa untuk menceburi bidang keusahawanan.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa dana dan latihan yang disediakan cukup luas Tetapi malangnya pendekatan yang diambil tersasar daripada matlamat sebenar. Keadaan ini akan memberi kesan kegagalan tinggi kepada golongan muda yang menceburi bidang keusahawanan Bahkan media massa juga hanya melaporkan satu peratus kejayaan usahawan usahawan muda Tetapi apa yang berlaku kepada 99 peratus lagi Bagaimana dengan sumber yang telah diberikan kepada mereka Realiti sebenamya harus difähami Mereka harus bersedia untuk memasuki dunia keusahawanan dengan konsep dan idea secara holistik Ini membolehkan individu mengelakkan berlakunya pembaziran dari segi sumber termasuk masa dana dan tenaga jelas beliau.

Menurutnya definasi keusahawanan sebenamya memerlukan suntikan idea idea baru dalam menghasilkan sesuatu produk dan ia bukannya setakat membuka perniagaan yang telah sedia ada Begitu juga dengan saiz perniagaan yang dijalankan tidak semestin ya melayakkan seseorang itu digelar usahawan. Hanya kerana perniagaan bemilai jutaan atau bilion tidak bermakna bahawa mereka adalah usahawan begitu juga bagi perniagaan yang bersaiz kecil Bagi saya ia memerlukan nilai tambah sama ada dari segi produk perkhidmatan atau kombinasi kedua duanya katanya Dalam satu perbincangannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Stanford Dr Curtin Paulson beliau berkata meneroka bentuk baru perniagaan terletak pada dua konsep iaitu menarik dan penting Kedua dua perkara ini akan menentukan sejauh mana kejayaan sesebuah perniagaan sama ada berjaya menarik pelabur yang terhad atau mencukupi Jelas beliau keusahawanan memerlukan pelbagai kemahiran dan disiplin Dunia sebenar perniagaan tidak hanya semata mata berpandukan kepada buku teks atau teori yang dipelajari di bilik kuliah Ia umpama sindrom orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah Tetapi dalam isu ini keusahawananan ia melaku kannya dengan baik manakala gajah itu bergerak dengan cepat katanya

 Keusahawanan memerlukan pelbagai kemahiran dan disiplin Dunia sebenar perniagaan tidak hanya semata mata berpandukan kepada buku teks atau teori yang dipelajari di bilik kuliah.

Comments Closed